Translate

Ahad, 6 Julai 2014

PROSEDUR PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN



NO. RUJUKAN PROSEDUR : UIP-AM-01-07

PROSEDUR PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN
 

1.            NO. RUJUKAN PROSEDUR

UIP-AM-01-07

2.            TAJUK

Prosedur Pemeriksaan Premis Makanan

3.            TUJUAN PROSEDUR

Tujuan prosedur ini adalah untuk menguruskan tatacara pemeriksaan premis makanan yang komprehensif oleh Pegawai Diberi Kuasa bagi memastikan ianya berada pada standard yang ditetapkan dan  mematuhi Akta Makanan 1983 dan undang-undang yang berkaitan.

Ia juga akan menyeragamkan aspek teknikal dan penguatkuasaan.

4.         UNDANG-UNDANG BERKAITAN DAN KUASA
4.1.        Akta Makanan 1983
Sek. 3             -           Lantikan Pegawai Diberi Kuasa oleh Menteri
Sek. 4(1)(a)   -           Kuasa Memasuki Premis
Sek. 4(1)(c)    -           Membuka/memeriksa bungkusan makanan
Sek. 4(1)(d)   -           Kuasa pemeriksaan dokumen
Sek. 4(1)(e)   -           Kuasa pemeriksaan dokumen pengenalan diri
Sek. 8(1)        -           Kuasa meminta maklumat
Sek. 10           -           Perintah membersih premis/perkakas
Sek. 11           -           Perintah menutup premis tidak suci
Sek. 33(2)      -           Notis Kesalahan
Sek. 33(1)      -           Kuasa Mengkompaun

5.         ANGGOTA YANG TERLIBAT

5.1.        Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP)
5.2.        Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP)
5.3.        Pegawai Yang Diberi Kuasa
5.4.        Pembantu Kesihatan Awam
6.         SINGKATAN YANG DIGUNAKAN

            PKP    :           Pegawai Kesihatan Persekitaran
            PPKP :           Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
            PPKPK :        Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan
            PKA :              Pembantu Kesihatan Awam
ID :                  Diari Siasatan
UPPD :           Unit Penyiasatan dan Pendakwaan Daerah


7.            PROSES KERJA PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

Rujuk Lampiran A


8.            CARTA ALIR PROSES PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

Rujuk Lampiran B

 
9.            SENARAI SEMAK PERALATAN
 
Rujuk Lampiran C


10.         SENARAI REKOD / DAFTAR

Rekod Daftar Premis Makanan (KMM 201A)  mengikut kategori berikut:
·         Penjaja
·         Gerai
·         Kedai Makan/Restoran/Dapur
·         Kilang Makanan
·         Kantin (Sekolah/Kilang Makanan/Hospital)
·         Dapur Asrama
·         Dapur Hospital





11.         SENARAI  BORANG UNTUK PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

·         KMM 3P1 ( Restoran / Kedai Makan /Dapur)          - Lampiran D
·         KMM 3P2 ( Gerai Makan / Kantin  )                          - Lampiran E
·         KMM 3P3 ( Penjaja Statik )                                         - Lampiran F
·         Maklumat Asas Pengendali Makanan                     - Lampiran G
·         Laporan Pemeriksaan Premis                                   - Lampiran H

                       
12.          SENARAI RUJUKAN

12.1.     Akta Makanan 1983
12.2.     Kod Amali Kebersihan Makanan
12.3.     Panduan Amalan Kebersihan Yang Baik (GHP)
12.4.     Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP)
12.5.     Kod Amali Udang Beku
12.6.     Garispanduan Kantin Sekolah
12.7.     Prosedur Kerja Penguatkuasaan
12.8.     Kanun Keseksaan (Disemak 1997) – Akta 574
12.9.     Kanun Tatacara Jenayah (Disemak 1999) – Akta 593
12.10.  Akta Keterangan 1950 (Disemak 1971) – Akta 56
12.11.  Akta Tafsiran 1948 (Disemak 1989) – Akta 388
12.12.  Akta Syarikat 1965 (Disemak 1973) – Akta 125
12.13.  Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Disemak 1978) – Akta 197
12.14.  Akta Kontrek 1950 (Revised 1974) – Akta 136
12.15.  Undang-Undang Kecil Establishmen Makanan



13.         PEMATUHAN PROSEDUR 

13.1.     Prosedur yang dikeluarkan ini hendaklah terus berkuatkuasa dan dianggap sah sehingga dipinda atau diganti dengan satu prosedur lain atau dibatalkan.

13.2.     Keengganan dan kegagalan mematuhi Prosedur ini tanpa alasan yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



14.         TARIKH KUATKUASA PROSEDUR

Prosedur ini adalah berkuatkuasa mulai dari tarikh dikeluarkan.
                       



DIKELUARKAN OLEH:

UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KA)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E 10, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62590 PUTRAJAYA,
W.P. PUTRAJAYA.

TEL:    03-8883 4037
FAK:    03-8883 4017





LAMPIRAN A
NO. RUJUKAN PROSEDUR : UIP-AM-01-07

PROSEDUR PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

PROSES KERJA PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

Tanggungjawab
Tindakan
Dokumen Berkaitan
PPKP
Semak daftar premis makanan mengikut kategori premis

Daftar premis makanan –(KMM201A)/(KMM209)

PPKP

Asingkan premis dalam pelan tindakan dengan mengkategorikan ikut lot premis dari daftar premis ke dalam sistem tag warna seperti:
Merah <50%
Kuning 51 – 75%
Hijau    >75%

Fail Tag Warna

PPKP
Asingkan nama premis mengikut tag warna ke dalam pelan pemeriksaan premis
Merah <50 (untuk ditutup)
Kuning 51 – 75%(periksa semula 3 bln)
Hijau    >75% periksa setahun sekali

Pelan Pemeriksaan Premis (Mengikut kod warna sistem pengutamaan)
PPKP
Kenalpasti premis yang akan diperiksa:-
1)  Premis baru
2)  Dari aduan
3)  Susulan

Pelan Pemeriksaan Premis, Rekod Aduan.
PPKP
Sedia peralatan pemeriksaan premis mengikut senarai semak

Senarai Semak Peralatan –
Lampiran C

PPKP
Menjalankan pemeriksaan premis
-   Kenalkan diri (tunjukkan Kad Perakuan Kuasa) dan terangkan tujuan kedatangan kepada pemilik atau wakil yang telah dikenalpasti

-   Jalankan pemeriksaan dan buat penilian ke atas premis makanan dengan disaksikan bersama oleh pemilik atau wakil di premis makanan berdasarkan format pemeriksaan premis

-   Ambil gambar berdasarkan kelemahan yang ditemui

-   Ambil sampel makanan, jika perlu

-   Ambil sampel environmen, jika perlu






Lampiran D
Lampiran E
Lampiran F


Rujuk Prosedur mengambil gambar.

Rujuk Prosedur pensampelan makanan : UIP-02-05-07

PPKP
Sediakan laporan pemeriksaan premis dan serahkan  kepada tuanpunya premis


Laporan pemeriksaan premis, seperti Lampiran (1a)


PPKP
-  Hantar sampel untuk dianalisa bila perlu
-  Hantar sampel environmen bila perlu
-  Hantar filem untuk diproses
-  Simpan bahagian sampel bila perlu di tempat selamat.





PPKP
Sediakan laporan pemeriksaan premis jika :
(i) Pemeriksaan premis berdasarkan aduan dalam tempoh 7 hari
(ii) Pemeriksaan premis berdasarkan tindakan Seksyen 10 & Seksyen 11  Akta Makanan 1983 dan hantar kepada PPKPK/ Pegawai Diberi Kuasa perlu disediakan dengan serta-merta


PPKP
Semak laporan dan tentukan tindakan yang akan diambil

Sekiranya pemeriksaan premis dibuat kerana aduan, serahkan sesalinan laporan kepada pengadu, jika perlu.

Sekiranya pemeriksaan premis tidak memuaskan berdasarkan pemeriksaan yang lepas, serahkan  laporan pemeriksaan beserta dokumen yang berkaitan kepada pegawai penyiasat (UPPD) untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya premis tersebut diarah tutup, laksanakan proses penutupan.














Prosedur Penutupan Premis Makanan Tidak Suci : UIP-02-02-07

PPKP
Masukkan laporan ke dalam fail / buka fail baru dan daftar ke dalam daftar premis jika premis baru,

Bagi premis yang sudah didaftar terus masukkan ke dalam Fail Sistem Tag Warna

Buku daftar premis dan Fail Tag Warna
PPKP
Sediakan retan seperti yang dikehendaki mengikut tempoh masa yang ditetapkan
Maklumat asas pengendali makanan
KMM 201, KMM 215, KMM 209, KMM 211A



LAMPIRAN B
NO. RUJUKAN PROSEDUR : UIP-AM-01-07

PROSEDUR PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

CARTA ALIR PROSES PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN


 




Semak daftar premis makanan





Asingkan premis mengikut sistem Lot tag warna
                                               
Asingkan premis ke dalam pelan pemeriksaan

Kenalpasti Premis Untuk Diperiksa



 
Sediakan Peralatan (ikut senarai semak)



 
PPKP memasuki premis,



 
Mempekenalkan diri, tunjuk kad perakuan kuasa dan tujuan



 
Mendapatkan maklumat

Menjalankan pemeriksaan premis-
(Pemilik / Wakil ikut bersama)


 
Kenalpasti kesalahan/aduan

Ambil gambar yang menunjukkan keadaan tidak  bersih dan suci,

Isikan borang Penilaian Premis KMM3P1/KMM3P2/KMM3P3

Lakukan pensampelan makanan atau environmen jika perlu.
           


  



Jika sampel diambil terangkan kepada pemilik / wakil tentang sampel yang diambil untuk dianalisis.

 Serahkan satu salinan laporan pemeriksaan premis kepada pemilik / wakil premis.

Jika sampel diambil, hantar sampel untuk analisis dan dapatkan akuan terima sampel dari makmal.


 
Jika gambar diambil hantar filem untuk diproses

Sediakan laporan termasuk laporan analisa dan gambar, jika ada.


Serahkan laporan kepada PKP

Serahkan laporan kepada pengadu ( jika perlu )


 
Serahkan laporan  dan ID kepada Pegawai Penyiasat (UPPD) jika pemeriksaan bersabit siasatan


 
Rekod dan simpan eksibit ditempat selamat, jika ada  

Masukkan laporan ke dalam fail (buka fail baru jika premis baru dan daftar ke dalam daftar premis)


 
Tagging warna pada fail    



 
Sediakan Reten



 


 
LAMPIRAN C
NO. RUJUKAN PROSEDUR : UIP-AM-01-07

PROSEDUR PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

SENARAI SEMAK PERALATAN UNTUK
 PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

Bil.
Jenis Peralatan
Ada
Tiada
1
Kad Perakuan Kuasa


2
Beg yang mengandungi


2.1
Lampu suluh


2.3
Infra red @ Probe Thermometer


2.4
Kamera


2.5
Filem


2.6
Format pemeriksaan premis (carbonized)


2.7
Lapuran Pemeriksaan Premis – Lampiran 1(a)


2.8
Tali ukur


2.9
Lampu Ultra Violet


2.10
Chlorine Test Kit


2.11
Kertas Karbon


2.12
Lux Meter


2.13
Double Sidetape


2.14
Gunting


2.15
Beg


2.16
Bateri


2.17
Stapler


2.18
Pen


2.19
Clip Board


2.20
Kertas karbon


2.21
Kit Pensampelan



            Disemak oleh:
           
            Tandatangan   : _____________________________ Tarikh :______________
           
            Nama              : _____________________________

            Jawatan          : _______________________

NB : Hendaklah diisi oleh Pegawai Diberi Kuasa setiap kali sebelum ke lapangan.

LAMPIRAN D



LAMPIRAN E


LAMPIRAN F



LAMPIRAN G


LAMPIRAN H

                             LAPORAN PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN  
Rujukan :
Kepada  :
Nama     :
Alamat Premis :

Kelemahan yang bertanda [ / ] telah dikenalpasti semasa pemeriksaan di premis tuan/ puan yang boleh menjadikan premis tuan / puan tidak bersih dan suci sehingga mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

1.         KESELAMATAN MAKANAN
           
Makanan yang telah dimasak atau makanan mentah yang terus dimakan dan telah dibersihkan tidak diasingkan penyimpanannya dari makanan mentah yang belum dibersihkan

Bungkusan atau bekas makanan bagi makanan atau ramuan makanan yang digunakan dalam penyediaan makanan tidak mempunyai label yang lengkap.
           
Menggunakan bekas guna semula atau bungkusan guna semula.

Menggunakan makanan atau ramuan makanan yang bekas atau bungkusannya telah bocor, koyak, kemek atau berkarat.

Proses penyediaan makanan untuk dimasak dilakukan ditempat kotor, ketinggian kurang 45 sm dari lantai dan dibuat dari bahan tidak kalis air.
           
Suhu simpanan makanan mentah / makanan mudah rosak tidak mencapai :-
-  Suhu Sejuk Beku                             -           dibawah 0 hingga – 18 C
-  Suhu chiller                                      -           0 hingga hingga 4 C

Makanan yang telah dimasak tidak disimpan pada suhu :-
-  Makanan simpan panas                    -           > 63 C
-  Makanan simpan sejuk                     -           0 hingga 4 C
-  Makanan simpan sejuk beku            -           dibawah 0 hinga – 18 C

2.         PENGENDALI MAKANAN
Pengendali makanan :-

Tidak menjalani pemeriksaan kesihatan,/ tidak disahkan sihat oleh doktor dan tidak mendapat suntikan Anti – typhoid
                       
Tidak memakai pakaian yang bersih, memakai apron, menutup kepala dan memakai kasut.

Menghisap rokok semasa mengendali makanan
Berkuku panjang dan memakai barang kemas

Tidak mencuci tangan selepas ke tandas


 
Mengendali makanan semasa sakit, batuk, bersin, luka yang menanah.

3.         PERALATAN DAN PERKAKAS

Semua peralatan dan perkakas untuk penyediaan makanan tidak bersih, susah dicuci dan  dalam keadaan tidak sempurna

Ketinggian tempat membasuh pinggan mangkuk dan lain – lain kurang dari 45 sm.Air tidak mengalir dan tidak mengunakan bahan pencuci yang boleh membunuh kuman atau air panas

Keadaan premis tidak kemas dan sesak.  Peralatan, perkakas dan barang yang tidak digunakan lagi tidak dialih keluar dari premis.

4.                  BEKALAN AIR
           
Air untuk kegunaan memasak atau membasuh bukan air dari bekalan paip JKR.  Terdapat  sambungan dengan paip getah atau dari kepala paip dalam tandas / bilik air.

Bekas yang digunakan untuk simpanan air tidak bertutup.  Menggunakan bekas guna semula yang sebelumnya digunakan untuk menyimpan bahan beracun, toksid atau bukan makanan.

5.                  PERLIMBAHAN DAN PERPARITAN


 
Air perlimbahan tidak dilupuskan dengan sempurna


 
Perparitan tidak sempurna , tersumbat dan ada air yang bertakung.


 
Sisa makanan , lemak, minyak, gris mengalir ke dalam longkang atau parit

6.                  KEMUDAHAN TANDAS


 
Tandas dalam keadaan tidak sempurna, tidak bersih dan berbau

Tidak menyediakan jadual pencucian tandas

7.                  KEMUDAHAN MENCUCI TANGAN

Tidak menyediakan bilangan yang cukup dan tidak dilengkapi sabun dan tisu pakai buang

8.            PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA MAKANAN


 
Tong sampah tidak disediakan dengan bilangan yang cukup dan tidak berpenutup

Tidak menggunaan karung plastik untuk mengisi sisa pepejal dan sampah sebelum disi ke dalam tong sampah

9.         LANTAI, DINDING DAN SILING
           
Lantai tidak dicuci setiap hari, licin dan ada kesan kekotoran dan ada tumpahan makanan.

Dinding dan siling tidak dicuci seminggu sekali, ada kesan kekotoran, bersawang dan tidak berhabuk.
           
10.       SETOR PENYIMPANAN MAKANAN
           
Setor penyimpanan makanan :-


 
Tidak bersih, susunan tidak teratur dan sesak


 
Lembap dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.


 
Tidak kalis urungan vermin


 
Tidak disimpan di atas platform atau rak pada ketinggian 27 sm.

11.       LAIN LAIN



























12.      Kerja kerja pembersihan di atas perlu disiapkan sebelum :___________________
 



AKUAN TERIMA LAPORAN PEMERIKSAAN PREMIS

T/tangan:

Nama :

No. K/P:
Tarikh:
 


Tandatangan
Pegawai Diberi Kuasa

Nama: __________________

Tarikh: __________________
 

 

5 ulasan:

  1. Hello, can i get the softcopy of this.... send thru my email marvelmorj@gmail.com

    BalasPadam
  2. Hudin947@gmail.com .. email me . Tq

    BalasPadam
  3. gelas boleh berada di tempat memasak/dapur?

    BalasPadam
  4. gelas boleh berada di tempat memasak/dapur?

    BalasPadam
  5. hello, can i get a softcopy of this? email me please at aliasnurmaisarah@gmail.com. thanks

    BalasPadam